Terma dan Syarat

Asslamualaikum wbt. 
Syukran atas kunjungan semua, semoga sentiasa dirahmati Allah swt . Ruangan terma & Syarat ini bertujuan untuk memudahkan kedua-dua pihak dalam urus niaga kelak. 



Berikut adalah terma & syarat kami :

1. Barang yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan melainkan atas sebab-sebab berikut : 
- Tersalah saiz
- Tersalah barang
- Tersalah kuantiti
*Untuk kesilapan-kesilapan berikut semua kos penghantaran akan ditanggung oleh pihak kami, insyaAllah.

2. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan mahupun kerosakan semasa tempoh penghantaran. 

3. Tempoh penghantaran adalah merujuk kepada jenis penghantaran; iaitu pos laju  atau ekspress.

4. Kami juga ada mengambil tempahan untuk produk-produk tertentu, segala kerjasama amat diperlukan untuk memastikan kepuasan kedua-dua pihak, JIKA berlaku sebarang masalah dalam maklumat yang diberikan pihak pelanggan kami TIDAK akan bertanggungjawab.



Terima kasih.